Saturday, 20 May 2017

PETA PERAK







Negeri Perak juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia. Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Negeri Perak bersempadanan dengan negeri-negeri seperti KedahPulau Pinang di sebalah barat darat; Kelantan di sebelah timur laut; Pahang di timur, dan tenggara; Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Negeri Perak juga bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand (atau Wilayah Yala), di utara dan Pulau SumateraIndonesia di barat daya.


Sumber: 



https://ms.wikipedia.org/wiki/Perak_Darul_Ridzuan

Tempat Penginapan di Perak

Belum Eco Resort, Perak

Belum Eco Resort Sabah - 1
Belum Eco Resort, yang terletak di Gerik Perak, adalah resort yang dibina di atas pulau kecil di tengah-tengah Tasik Belum dan disekelilingi hutan simpan Belum-Temengor Forest Reserve.
Tasik Belum merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di perak. Jenis penginapan di sini terbahagi kepada Chalet, Dorm, dan Boat House.
Belum Eco Resort Sabah - 2
Aktiviti di sini termasuk lawatan ke perkampungan orang asli, melihat bunga Rafflesia di Pulau Besar, memancing, berkayak, dan melihat burung.
Alamat : 25, Hala Rasi Jaya 7, Taman Rasi Jaya, 31450 Menglembu, Perak, Malaysia.
Telefon : +6012 524 9184
Facebook: Belum Eco Resort

Aktiviti - Aktiviti Menarik di Perak

1.White Water Rafting

Lonely Planet turut menyenaraikan aktiviti white water rafting di Sungai Kampar, Gopeng sebagai aktiviti yang wajib dicuba ketika di Ipoh.

Sungai Kampar mempunyai 22 jeram berbeza yang terdiri daripada gred 2 hingga gred 3. Dari merentasi jeram besar, sehinggalah menikmati keindahan hutan hujan yang subur dan tenang, masa yang dihabiskan dengan alam semula jadi akan menjadikan hari anda penuh menyegarkan dan menceriakan.

Water rafting di Sungai Kampar sangat sesuai bagi peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman. Aktiviti sebegini sesuai untuk mereka yang beradrenalin deras dan sukakan cabaran. Aktiviti ini cukup memuaskan hati jika anda berjaya menempuhinya dengan jaya.


2.Bukit Larut


Salah satu keunikan negeri Perak adalah dengan adanya Bukit Larut. Ianya merupakan satu tempat perlancongan tanah tinggi yang popular juga banyak hotel dan chalet yang ada di sini jika anda bercadang untuk menginap di sini. Ianya menjadi satu pusat perlancongan tanah tinggi yang popular dan kebanyakan yang datang ke sini adalah untuk mendaki. Anda boleh berjalan sejauh 10KM naik dan 10KM turun.

Sedikit info berkenaan dengan Bukit Larut, ketinggian bukit ini adalah 1250m di atas paras laut. Jadi memang sejuk tempat ini dan saling tak tumpah dengan Cameron Highland ataupun Bukit Tinggi yang merupakan destinasi perlancongan tanah tinggi yang popular di Malaysia.

3. Lumut

Aktiviti sukan air adalah antara tarikan yang ada di pantai Teluk Batik. Paling menyeronokkan ialah banana boat, sejenis water sport yang tidak asing lagi dimana pengunjung akan menaiki pelampung gergasi berbentuk pisang ditarik dengan bot laju meredah ombak.satu lagi aktiviti yang boleh dicuba ialah Big Mable, sejenis pelampung yang ditarik dengan jetski

Makanan Sedap di Perak




1. Capri Restaurant



Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan Itali atau barat. Datanglah ke Capri Restaurant kerana di sana terdapat masakan Itali yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah Salmon Steak, Pizza, Yummy Risotto Rice Seafood, Mixed Grill, Beef Lasagna, dan banyak lagi. Bagi yang ingin memesan pizza saya cadangkan anda memilih Quattro Stagioni Pizza. Ia dihidangkan dalam 4 jenis perisa yang berbeza. Bukan sahaja sedap malah, jauh lebih sedap daripada kedai-kedai pizza lain. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.
capricapri1capri2
Alamat: 4174 & 4175, Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut
Nombor Telefon: +605-683 3118, +605-6833112
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.30 malam (Isnin – Jumaat)
Info: Capri Restaurant

2. Iwan Grill Place

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Lumut ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Iwan Grill Place. Iwan Grill terletak di jalan menuju ke kubur Cina (Manjung), orang Manjung pasti tahu. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba Grill Chicken Chop with black pepper sauce kerana daging ayamnya yang lembut bersama sos yang sangat sedap boleh membuatkan anda jatuh cinta. Menu lain seperti Spagetti Aglio Olio yang nampak simple, tapi dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Iwan Grill ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat.
iwan grilliwan grill2iwan grill3
Alamat: 11, Jalan SM 1d/1, 32200 Lumut, Perak, Malaysia
Nombor Telefon: 014-5613241
Waktu Operasi: 6.30 petang – 11.30 malam (Isnin – Ahad)
Info: Iwan Grill Place

3. Restoran Silaturrahim

Restoran Silaturrahim merupakan restoran yang menghidangkan masakan ala kampung, ulam-ulaman, ikan bakar, tempoyak, budu, dan macam-macam lagi. Aneka jenis minuman sejuk dan panas juga terdapat di restoran ini. Mereka menggunakan konsep layan diri dan signature dish restoran ini adalah raja segala jenis ulaman. Cakap sahaja mahu ulam apa, semua jenis ulam dan pelbagai jenis lauk ada di sini. Percayalah yang anda akan rambang mata dengan lauk-pauk yang tersedia. Restoran Silaturrahim memang terbaik, dan saya syorkan sesiapa sahaja untuk singgah makan tengahari di sini. Bukan sahaja mempunyai menu dan lauk-pauk yang sedap, malah harganya juga murah!
silaturrahimsilaturrahim2silaturrahim3
Alamat: No. 3A (Lot 1598) Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut.
Nombor Telefon: 019-574 7491
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 4.00 petang (Jumaat Tutup)
Info: Restoran Silaturrahim

Tempat Menarik di Perak


1. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan. Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas. Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.


Read more: http://www.wom.my/gaya-hidup/lokasi-memukau-di-negeri-perak/#ixzz4hbWPImxs 

2. Bukit Merah Laketown Waterpark

Dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan berhadapan satu daripada 7,000 ekar tasik air tawar terbesar di Malaysia, resort ini  memakan masa tiga jam dari Kuala Lumpur. Dengan keluasan 11 ekar, Bukit Merah Laketown Waterpark menawarkan pelbagai tarikan menarik. Ada macam-macam di situ, sesualilah dipanggil Giant Wet Bubble dan Boomerang fun – slide di Malaysia. Pilih sahaja anda nak berseronok di mana, sama ada di “Sandy Beachfront” Wave Pool,Water Flume Rides atau Body Speed Slide.
Selain itu, terdapat juga kawasan permainan khas untuk kanak-kanak seperti Kids Adventure River dan Perak Mining Pool. Tarikan lain termasuk Chairlift yang terulung yang menawarkan pemandangan panorama tasik dan seluruh resort, kedai cenderamata, Surf Shack  dan outlet makanan segera, Bubbles Family Restaurant yang pastinya menjanjikan seribu macam keseronokan buat anda dan keluarga.


Read more: http://www.wom.my/gaya-hidup/lokasi-memukau-di-negeri-perak/#ixzz4hbX211t1 



3. Lost World of Tambun

Lost World of Tambun, adalah sebuah pengembaraan yang penuh aksi menarik dengan tunggangan yang paling mendebarkan dan tarikan di Ipoh, Malaysia. Taman tema yang terletak di bandar bersejarah dari Ipoh, di tengah-tengah koridor Utara-Selatan di Perak, dan ditetapkan dalam landskap semula jadi Ipoh, dikelilingi oleh ciri-ciri batu kapur yang menakjubkan indah. Tujuh  elemen utama iaitu – Water Park, Amusement Park, Lost World Hot Springs and Spa, Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost World Tin Valley dan Lost World Team Building Park.

Read more: http://www.wom.my/gaya-hidup/lokasi-memukau-di-negeri-perak/#ixzz4hbXL1yMu 

4. Zoo Taiping & Night Safari

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri. Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.
Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki. Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie. Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.


Read more: http://www.wom.my/gaya-hidup/lokasi-memukau-di-negeri-perak/#ixzz4hbXxDzhh 



5. Lumut & Pulau Pangkor

Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang. Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.
Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.
‘Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota. Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.


Read more: http://www.wom.my/gaya-hidup/lokasi-memukau-di-negeri-perak/#ixzz4hbYZNY8s 




MAKLUMAT SYARIKAT






The Ruttez Enterprise


Address:

No 27,Jalan Desa Meru 6,30020 Ipoh,Perak.

Phone Number:

0192648267

Email: