Saturday, 20 May 2017

Makanan Sedap di Perak




1. Capri Restaurant



Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan Itali atau barat. Datanglah ke Capri Restaurant kerana di sana terdapat masakan Itali yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah Salmon Steak, Pizza, Yummy Risotto Rice Seafood, Mixed Grill, Beef Lasagna, dan banyak lagi. Bagi yang ingin memesan pizza saya cadangkan anda memilih Quattro Stagioni Pizza. Ia dihidangkan dalam 4 jenis perisa yang berbeza. Bukan sahaja sedap malah, jauh lebih sedap daripada kedai-kedai pizza lain. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.
capricapri1capri2
Alamat: 4174 & 4175, Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut
Nombor Telefon: +605-683 3118, +605-6833112
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.30 malam (Isnin – Jumaat)
Info: Capri Restaurant

2. Iwan Grill Place

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Lumut ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Iwan Grill Place. Iwan Grill terletak di jalan menuju ke kubur Cina (Manjung), orang Manjung pasti tahu. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba Grill Chicken Chop with black pepper sauce kerana daging ayamnya yang lembut bersama sos yang sangat sedap boleh membuatkan anda jatuh cinta. Menu lain seperti Spagetti Aglio Olio yang nampak simple, tapi dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Iwan Grill ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat.
iwan grilliwan grill2iwan grill3
Alamat: 11, Jalan SM 1d/1, 32200 Lumut, Perak, Malaysia
Nombor Telefon: 014-5613241
Waktu Operasi: 6.30 petang – 11.30 malam (Isnin – Ahad)
Info: Iwan Grill Place

3. Restoran Silaturrahim

Restoran Silaturrahim merupakan restoran yang menghidangkan masakan ala kampung, ulam-ulaman, ikan bakar, tempoyak, budu, dan macam-macam lagi. Aneka jenis minuman sejuk dan panas juga terdapat di restoran ini. Mereka menggunakan konsep layan diri dan signature dish restoran ini adalah raja segala jenis ulaman. Cakap sahaja mahu ulam apa, semua jenis ulam dan pelbagai jenis lauk ada di sini. Percayalah yang anda akan rambang mata dengan lauk-pauk yang tersedia. Restoran Silaturrahim memang terbaik, dan saya syorkan sesiapa sahaja untuk singgah makan tengahari di sini. Bukan sahaja mempunyai menu dan lauk-pauk yang sedap, malah harganya juga murah!
silaturrahimsilaturrahim2silaturrahim3
Alamat: No. 3A (Lot 1598) Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut.
Nombor Telefon: 019-574 7491
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 4.00 petang (Jumaat Tutup)
Info: Restoran Silaturrahim

No comments:

Post a Comment