Saturday, 20 May 2017

Aktiviti - Aktiviti Menarik di Perak

1.White Water Rafting

Lonely Planet turut menyenaraikan aktiviti white water rafting di Sungai Kampar, Gopeng sebagai aktiviti yang wajib dicuba ketika di Ipoh.

Sungai Kampar mempunyai 22 jeram berbeza yang terdiri daripada gred 2 hingga gred 3. Dari merentasi jeram besar, sehinggalah menikmati keindahan hutan hujan yang subur dan tenang, masa yang dihabiskan dengan alam semula jadi akan menjadikan hari anda penuh menyegarkan dan menceriakan.

Water rafting di Sungai Kampar sangat sesuai bagi peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman. Aktiviti sebegini sesuai untuk mereka yang beradrenalin deras dan sukakan cabaran. Aktiviti ini cukup memuaskan hati jika anda berjaya menempuhinya dengan jaya.


2.Bukit Larut


Salah satu keunikan negeri Perak adalah dengan adanya Bukit Larut. Ianya merupakan satu tempat perlancongan tanah tinggi yang popular juga banyak hotel dan chalet yang ada di sini jika anda bercadang untuk menginap di sini. Ianya menjadi satu pusat perlancongan tanah tinggi yang popular dan kebanyakan yang datang ke sini adalah untuk mendaki. Anda boleh berjalan sejauh 10KM naik dan 10KM turun.

Sedikit info berkenaan dengan Bukit Larut, ketinggian bukit ini adalah 1250m di atas paras laut. Jadi memang sejuk tempat ini dan saling tak tumpah dengan Cameron Highland ataupun Bukit Tinggi yang merupakan destinasi perlancongan tanah tinggi yang popular di Malaysia.

3. Lumut

Aktiviti sukan air adalah antara tarikan yang ada di pantai Teluk Batik. Paling menyeronokkan ialah banana boat, sejenis water sport yang tidak asing lagi dimana pengunjung akan menaiki pelampung gergasi berbentuk pisang ditarik dengan bot laju meredah ombak.satu lagi aktiviti yang boleh dicuba ialah Big Mable, sejenis pelampung yang ditarik dengan jetski

No comments:

Post a Comment